Tahniah Datuk LCW~ u are the best~ !

PETALING JAYA: aguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago 21-6, 21-13 pada perlawanan final kejohanan Maybank Terbuka Malaysia 2012 di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad.Chong Wei hanya mengambil masa selama 36 minit untuk menundukkan Tago yang menempah laluan ke final selepas pemain China, Chen Jin menarik diri pada pusingan separuh akhir, Sabtu.Ia merupakan kemenangan kelapan pemain No.1 dunia itu di gelanggang sendiri.Beliau yang menyifatkan perlawanan itu sebagai perlawanan akhir Terbuka Malaysia paling mudah buatnya, berharap dapat mengekalkan semangat dan prestasinya kali ini sehingga Sukan Olimpik London pada Julai ini.Katanya, beliau juga gembira dapat menumpaskan dua musuh utama dari China iaitu Lin Dan (pada akhir Terbuka Korea minggu lalu) dan Chen Long (ketika peringkat separuh akhir kejohanan) pada awal tahun ini.“Bagaimanapun, saya tidak menolak kemungkinan China akan bersedia dengan strategi yang lebih kuat pada Olimpik nanti.“Buat masa ini saya gembira dapat kalahkan mereka, namun saya juga akan buat persediaan yang lebih bagus,” katanya kepada media selepas upacara penyampaian hadiah yang disempurnakan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.Chong Wei menerima piala dan wang tunai bernilai US$30,000 (RM93,990).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan