New Picnik Website

http://www.ribbet.com

Perpisahan yg tidak ku jangkakan

demi kamu sayang , aku akan belajar untuk menjadi lebih kuat . Demi kamu sayang , aku akan belajar untuk terus lebih tabah . Demi kamu sayang , aku akan belajar macam mana nak hidup tanpa kamu sayang . Demi kamu sayang , aku rela korbankan semuanya tentang perasaanku terhadap kamu sayang . Aku berserah semuanya kepada-Mu Ya Allah . Aku redha . Aku ikhlas kalau inilah ketentuan yang telah Kau berikan pada aku . * belajar untuk hidup berdua :'(



Lirik Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

If lepak gan Apek Waksukudut kompem layan lagu ni berulang kali , hak hak hak



Link for nice blogger template

http://btemplates.com/2011/blogger-template-illusion-of-beauty/demo/

http://btemplates.com/2012/blogger-template-fashionista/demo/

http://btemplates.com/2011/blogger-template-dream-vacation/demo/


http://btemplates.com/2010/blogger-template-bubbles/demo/

http://btemplates.com/2010/blogger-template-cake-recipes/demo/

http://btemplates.com/2009/blogger-template-paper-girl/demo/


http://btemplates.com/2009/blogger-template-dark-flower/demo/


http://btemplates.com/2012/blogger-template-nomad/demo/

http://btemplates.com/2011/blogger-template-wallbase/demo/

http://btemplates.com/2011/blogger-template-super-clean/

Aku bukan malas berkerja


aku sedang ada masaalah duit ni, harap² faham larh bukan semakin kerap TOCE/MAKI/MARAH aku sampai bagi diri aku semakin makin tertekan ,
aku ni bukan ade kelulusan atau pengalaman nak kerja tetap cuma aku focus transport untuk g kerja, kalau korang nak sangat aku ada kerja tetap , sebab aku dah serik balik kerja jalan kaki sbb kerja , terlewat sikit silap² takda transport awam , kene setiap malam ? hari² nak naik teksi midnight , baik aku kerja bagi duit gaji aku trus kt driver teksi tu ,
itu kalau terpaksa balik lewat , kalau aku nk overtime cari duit lebih? kalau aku terlewat bangun? kalau naik transport awam kene grak g kerja lebih awal , kekadang sampai lambat jugak kalau dah awal . susahh kalau tak ada KENDERAAN SENDIRI , Lesen aku memang larh tak ada sebab saman aku masa sekolah dulu masih banyak lagi belum settle, itu semua bukan aku yang nak , aku terpaksa guna moto kesana sini untuk sekolah , cari duit untuk aku . kalau orang tua aku tu jenis parents yang bertanggungjawab besarkan dan didik aku gn adik adik tak ape larh jugak , ni kami hidup sendiri untuk teruskan hidup masing² supaya kami sentiasa tersenyum dan gembira seperti orang lain yg sebaya kami , jales tauu tengok orang lain ade makbapak bagi duit makan , kekadang belanje shopping, semua didalam ditanggung perents , tp aku dah adik aku tak tauu! mak bapak aku abaikan aku ! sampai aku jadi tertekan bila sedara mara cerita keburukkan orang tua aku , aku segan , malu , sedihh . tapi ade korang fikir?
aku frust fikirkan parents aku yg hanya pentingkan diri sendiri berbanding aku dan adik beradik ,
itu pasal aku abaikan pelajaran aku kerana aku abang yg sulung, aku jaga adik adik aku agar dorang tak jadi seteruk aku , seliar aku , sejahat aku sebab terlalu bebas hidup sendiri dan berdikari .
demi adik adik aku juga aku akur dengan keputusan ayah aku supaya aku berhenti sekolah ketika awal tahun aku masuk tingkatan 5 , aku berhenti sebab ayah cakap aku menyusahkan orang tua saja dan aku ni bukan pandai , membazir jika teruskan belajar di SMT langkawi , itu pun sebab ayah sendiri hantarkan aku disana tanpa bekalan duit belanja sekolah/outing/pulang ke KL ,
aku sanggup jual barang² larangan ke dalam sekolah hanya untuk cari duit makan dan tambang untuk pulang kerumah ketika cuti ,  Hati aku kecewa tau tak , bila orang tua sendiri cakap aku tak perlu belajar .
sampai saat hari SPM tiba , aku berkerja untuk cari duit untuk aku ke SMT kuala kangsar untuk mengambil SPM kerana nama aku didaftarkan di sekolah itu, tp parents aku tak bagi sedikit pon semangat malah larang aku untuk pergi menduduki SPM , membuatkan aku menjawab peperiksaan dengan penuh rasa kecewa dan tidak berguna , satu pun tentang pelajaran aku tak dapat ingat walaupun sudah ulangkaji ,
menyebabkan aku gagal peperiksaan SPM aku , mmg aku menduduki SPM , tp sijil ayah aku dah simpan dan tidak benarkan aku miliki , menyebabkan aku susah cari kerja dan membuatkan aku tidak layak meneruskan pelajaran ke kolej² seperti kawan² aku yang lain , mereka sudah ramai berjaya kerana hidup mereka diberkati oleh ibubapa , buruk² makbapak kawan² aku yg pernah aku tengok dorang tetap terima dan jaga anak² mereka walaupon mereka selalu marah dan sakit hati dengan anak² . tp tak bagi ayah aku, semasa aku hidup merempat di jalanan ketika tamat PLKN , aku pernah ditangkap polis kerana pelbagai kesalahan , dan aku pernah direman di penjara , tp ayah aku pernah cakap pada hakim mahkamah semasa aku dibicarakan , "BIARKAN SAJA AKU DIPENJARAKAN SEUMUR HIDUP  ,  AKU CUMA PEMBAWA MALANG DIDALAM KELUARGA DAN MENYUSAHKAN KELUARGA SAJA " . kata ayah ketika saat aku didalam tahanan polis, sedihhh aku sampai hari ini aku ingat , sejak peristiwa itu. kehidupan aku berubah jadi lebih teruk , sehingga aku sendiri tidak tahan dengan semua dugaan .

aku pernah berkerja tp dibuang setelah latar belakangku disemak , aku bekas banduan .
bayangkan tanpa SPM/SIJIL , seorang bekas banduan , dan seorang yg baru mencari modal permulaan kehidupan , dan seseorang yg tiada tempat tinggal. tak ubah seperti seorang anak yatim piatu yg terbiar , tp nenek cari aku , bagi aku tinggal dengan dia coz dye taknak aku rasa susah dan merempat , nenek jaga aku lepas tu , dan pakcik yang bagi aku kepercayaan kerja seperti seperti pakcik , walaupon aku kene maki/bebel/caci , aku boleh terima kerana itu semua daripada mulut pakcikku sendiri , lelaki yg menjaga aku seperti anak sendiri dan melayan aku seperti sahabat dari kecil , semua impian pakcik untuk terus naik lebih tinggi aku teman , aku kerja dengan pakcik cari pengalaman dan ilmu , supaya pakcik boleh capai impian dia dan janji pakcik agar aku jadi lebih bagus daripada dia , tp kene banyak bersabar coz kerja tak menentu.
aku cuma harapkan kerja crew tu je sebab aku dah ada pengalaman dan tak perlu bagi SIJIL² kelayakkan , aku bukan ada pon sijil , kalau ada pon entah mama gan papa letak mana ntah time dorang nak bercerai dulu . so susah aku nak apply kerja tetap faham?
and aku rasa aku ni susah nak kekal kerja tetap jika aku berkerja didalam aircond / terkurung , coz aku tak boleh berfikir dan cepat tertekan bila aku kerja didalam aircond / terkurung . aku lebih rela kerja berat seperti CREW agar aku dapat melakukan kerja dengan ikhlas ,

dah banyak kali aku cube, tapi bukan rezeki aku .
taraf pendidikan aku dan daya pemikiran/ingatan aku bukan bagus sangat ponn .
aku kerja dan mencuba mencari pengalaman , tak perlu larh korang nak sibuk bising suruh aku CARI KERJA , aku dah ada kerja iaitu bersama pakcik menjadi krew teknikal , dan ramai yg kata aku ada potensi untuk pergi lebih jauhh , cuma projek/panggilan kerja saja aku tak dapat . bukan aku saja, ramai krew yg seperti aku , ada masa susah  dapat kerja . ada masa rezeki datang mencurah curah , aku yakin aku boleh pergi jauh . tolong jangan bagi aku TEKANAN KERANA TIADA KERJA TETAP , insyaallah lepas aku ada transport sendiri , aku akan fikirkan untuk cari kerja tetap atau teruskan jadi krew teknikal sambilan / tetap . seperti yg aku katakan pada pakcik aku yg sentiasa membantu aku untuk terus hidup . korang jangan amik tau pasal kerja aku .
aku tak kerja / tak berduit tapi aku tau cara nak teruskan hidup

harap kawan² atau saudara mara yg baca ni dpt memahami perasaan aku bila korang kata aku ini pemalas / kuat tidur / menyusahkan / selalu tiada duit , aku segan dan sedih bila korang cakap negetif tentang aku sedangkan korang tak tau perasaan aku bersabar dan menahan semua dugaan yg selalu sangat datang pada diri aku ni .

Assalamualaikum .

Hanya kerana cepat Berfikiran negetif aku hampir kehilangan CINTA hati aku


heyy awak! yeee awk yg sudi temankan hati sy semasa sabrina chu menghilangkan diri sehingga sy fikirkan dye sudah meninggalkan diri sy tanpa sepatah dua kata atau petanda .maaf ye awk kerana awk xtau awk tu dah jd penganti S S C semasa hati sy terluka masa S S C ilangkan diri .
dan setelah S S C kembali sy  pula lepaskan hati awak dengan cara seperti S S C hilangkan diri dri sy.
sy menerima diri awk pada malam hari jadi awk itu sebenarnya sebab hati sy kecewa dan terluka kerana sy fikirkan sy sudah kehilangan Cinta hati sy . tetapi setelah sy mendengar suara dia semula. hati sy kuat menyatakan HATI SAYA MASIH LAGI BERSAMA CINTA SOFEA SABRINA CHU . bukan untuk diri awk kerana sy mudah menyukai seseorang.  mudah menyanyangi seseorang tp sukar mencintai seseorang kerana SAYA BUKAN SEORANG LELAKI YANG MAMPU MELUPAKAN KEKASIH HATI DENGAN PANTAS BEGITU SAHAJA . ~ harap awk akan faham . bukan niat untuk permainkan hati awk . ketika itu kt baru beberapa sahaja mempunyai Relationships! bersama awk . sedangkan sy dan S S C sudah lama bersama .hanya terpisah tanpa khabar berita  bukan mudah untuk melupakan seorang yg sudah lama berkongsi kasih sayang serta cinta dan kehidupan bersama . kami bertekak suara didalam talian selepas S S C melihat semua POST di wall facebook sy . dan kami telah mengaku kesilapan diri kami masing² . walaupun S S C cuba mengalah agar sy melepaskan dirinya hanya untuk melihat sy dan awk bersama walaupun berat hatinya untuk berpisah dgn sy . sy hanya mampu menolak permintaaannya agar kami berpisah kerana HATI SAYA sentiasa bersama S S C walaupun sy cuba melupakan S S C ketika S S C menghilangkan diri dari diri sy selama beberapa hari sehinggakan sy sendiri menganggap S S C sudah meninggalkan diri sy tanpa sy mengetahui punca S S C meninggalkan sy buat seketika hanya untuk berkerja sambilan bg mencari wang tambahan hanya kerana S S C ingin melihat sy gembira bersama diri S S C di hari raya agar tahun sy kali ini bukan seperti tahun tahun sebelum . membuatkan sy semakin SAYANG DAN CINTAKAN S S C kerana impian beliau ingin membahagiakan diri sy itu adalah salah satu perkara yg sy ingin miliki semula selepas sy kebahagian sy hilang bersama masa silam.
**Saya mudah menyukai seseorang . sy mudah sayangkan seseorang . tetapi sy susah untuk mencintai seseorang sepenuh hati dan kerana itu juga diri sy tidak akan dapat melupakan seseorang yg pernah sy cintai pada masa silam .
cinta sy pada GADIS YANG SY PERNAH CINTAI sepenuh hati dahulu xpernah terpadam nama mereka semua yg tertulis di hati sy dan BUNGA CINTA yg terbaru seperti cinta sy kepada S S C itu adalah seperti sebuah taman bunga yg dahulunya dilanda sebuah WABAK VIRUS CINTA yg membawa KERACUNAN kepada seluruh taman bunga cinta yg sebelum itu INDAH DAN BAHAGIA mengakibatkan HANCUR SEMUA BUNGA² CINTA menjadi debu . hanya tinggal sebuah batu besar yang kekal terpahat nama KEKASIH HATI YANG TELAH PERGI meninggalkan diri ini .
tetapi KUASA CINTA BARU dari S S C telah membangkitkan semula semangat BUNGA² CINTA agar kembali tumbuh dan hidup MEKAR kembali agar TAMAN HATI YANG SUDAH HANCUR KERACUNAN ITU MEKAR DAN INDAH SEMULA SEPERTI WAKTU WAKTU DAHULU .
*** Diriku serta hatiku bersama juga CINTA ini hanya untuk hati seorang gadis  yang bernama SOFEA SABRINA CHU . aku tidak ingin kehilangan S S C . aku akan cuba teruskan mencintai S S C walau pelbagai dugaan dan halangan yg muncul untuk cuba menghalang kesuburan dan menghancurkan TAMAN BUNGA CINTA DIANTARA Sabrina Chu II dan Dauz Karipapbull . aku tetap akan BERUSAHA dan CUBA SEDAYA UPAYA pertahankan taman bunga cinta kami berdua  agar kami kekal bersama sehingga aku dan S S C disatukan ikatan kami dengan ikatan pernikahan yg sah dan direstui keluarga kami dan berkekalan sehingga sampai  akhir hayat kami . ini semua kerana aku tidak ingin mendengar atau melihat tangisan S S C . kerana tangisan beliau itu seperti mempunyai  sebuah kuasa cinta mampu membuatkan aku mengalirkan airmata apabila beliau menghubungi diri aku dalam keadaaan mengalirkan airmata . hanya tangisan beliau saja sudah mampu membuatkan fikiran aku menjadi serabut kerana memikirkan adakah tangisan itu kerana diri aku lagi sekali atau sebab lain ?
kali pertama aku bersua wajah dengan S S C untuk memasangkan rantai pada leher S S C sebagai tanda permulaan CINTA kami itu adalah sebuah CINTA yg serius daripada perasaan kami berdua . reaksi dan cara S S C semasa pertemuan pertama kami membuatkan aku melihat beberapa sifat dalam diri S S C yg beliau cuba sembunyikan daripada kenyataan tp terkantoi bila bertemu dengan aku ketika itu dan sejak itu aku sering menunggu kata kata beliau yg mampu buat aku lebih kenali diri beliau sebagai gadis yg aku cintai .  dimana S S C sebenarnya sudah takut dan serik untuk bercinta bersama lelaki . so aku x kesah lah kalau dye berpakaian dan beradap seperti seorang yg lasak . beliau merupakan seorang yg cergas , hyperactive  , mempunyai motovasi diri yg tersendiri dan suka melakukan sesuatu perkara yg SUPRISE .
sifat S S C juga sebenarnya seorang yg sukar untuk mengalirkan air mata itu selalu mengalirkan airmata kerana perbuatan diri aku yang selalu melakukan perkara yg membuat beliau menangis bila fikirkan diri aku . sehinggakan semasa dia berusaha untuk mencari wang demi memastikan aku memiliki pakaian raya yg sepadan dengannya walaupon sebenarnya aku planing tahun ini aku tak akan beli baju raya seperti tahun tahun lepas sejak aku tingkatan 3 , masa aku tingkatan 3 lah tahun terakhir aku shoping raya bersama keluarga . sejak tu aku x beli baju raya . bg aku pembaziran kerana keluarga aku sudah berpecah belah pada waktu itu . so bagi diri aku . buat ape beli jika KESEMUA 2 ORANG IBU BAPA SERTA 8 ORANG ADIK BERADIK TIDAK BERKUMPUL DAN BERGAMBAR BERSAMA SAMA MENYAMBUT HARI RAYA DI PAGI SYAWAL yg bahagia itu ? dan masih segar di ingatan aku gambar terakhir hari raya keluarga aku diambil semasa aku tingkatan 4 , walaupon pada waktu itu mama dan papa sudah bercerai . mereka masih lagi bertemu kerana adik bongsu aku yg masih kecil tiada kasih sayang seorang ibu selepas hak penjagaan 6 orang adik beradik aku jatuh di tangan papa . kecuali hak penjagaan diri aku yg di ambil oleh pakcik nizam . maksu siti serta nenek yg telah mengangkat sumpah menjadi penjaga aku semasa aku hampir di jatuhkan hukuman ke pusat pemulihan akhlak kerana report palsu papa agar aku  jauh daripada keluarga ketika itu hanya berpunca dari aku mengetahui rancangan jahat papa ketika itu untuk mengunakan kami adik beradik mendapatkan bantuan wang daripada pusat baitumal , zakat kuala lumpur serta pusat kebajikan masyarakat. pada mulanya aku abaikan saja perbuatan papaku . tp aku mula menghalang perbuatan papa selepas aku mendapat tahu adik² aku telah dimasukkan ke rumah anak anak yatim piatu manakala ibu bapaku yg telah bercerai hidup mewah di luar seperti insan yg bujang seperti orang yg tiada anak . sudahlah begitu . semua bantuan wang kebajikan untuk adik² di ambil oleh papa sepenuhnya tanpa memberi 1sen pun untuk kami adik beradik . sehingga aku dan farid [no2] berhenti belajar kerana papa tidak ingin memberikan wang untuk kami teruskan belajar . sehingga akhirnya aku dan farid sekarang menjadi insan dipandang hina di mata saudara mara kami kerana kami teruskan kehidupan sendiri dengan jalan hitam kerana tiada pengalaman hidup berdikari ketika itu . sehingga aku terjebak dalam najis dadah dan dosa² maksiat atau lebih senang aku teruskan kehidupan dengan jalan gelap . jalan yg gelap gelita itu aku redahi dengan niat. biar diri aku rosak . biar diri aku dihina. biar diri aku yg merana daripada aku melihat adik adik aku menjadi rosak . maka aku terjebak dalam dunia dadah , arak , maksiat serta terjebak dalam kegiatan jenayah kerana aku ingin mencuba perkara² itu untuk mengetahui effect dan kesan jika termasuk didalam lubang hitam agar aku mampu menceritakan dan menerangkan kepada adik adik ku agar mereka menjauhi semua itu . sehingga diri aku yg merana sehingga kini . tanpa ada yg membantu . hanya INSAN YG  MENCINTAI DIRIKU SAHAJA mampu mengubah hidup aku semula. kerana cahaya semangat yg biasanya diberikan oleh ibu bapa semasa mendidik anak anak telah hilang . hanya cahaya semangat sang pencinta sahaja mampu membantu aku . tp jika api itu semakin mengecil jika kami berjauhan . semua disekeliling yg aku cuba usahakan menjadi x berguna secara autometik. semangat diri aku hilang jika Sofea Sabrina Chu menjauhkan diri daripada aku .
pelbagai cabaran untuk aku teruskan kehidupan sebagai seorang yg tiada sebarang keputusan pelajaran yg cermerlang membuatkan aku sukar mendapat kerja yg sesuai dengan keadaan diri aku sekarang . hanya kerja FREELANCE bersama pakcik atau membantu nenek berniaga sekali sekala saja kerja aku sekarang . walaupun aku kesihan bila nenek katakan tiada lagi untung seperti dahulu kerana kos bulanan kedai semakin besar serta pekerja yg ramai membuatkan sekali sekala aku tido saja dirumah . bg diri aku . biar aku tiada wang. janji nenek tersenyum atas usaha perniagaan beliau yg kini di ambil alih atas nama syarikat yg mengunakan nama maksu siti . walaupon aku sendiri sudah tau apa yg akan terjadi pada aku jika nenek tiada suatu hari nanti . sekarang aku dengar maksu ingin menjual rumah nenek . dan nenek akan tinggal dengan maksu di rumah baru . aku tau semua selok belok duit perniagaaan itu semua pergi . kerana aku juga ada bersama sama menaikkan perniagaaan nenek . berkat aku belajar jauh dari keluarga walaupun tidak tamat sepenuhnya. pelajaran aku itu telah membuatkan perniagaan semakin kehadapan sehingga tubuh sebuah syarikat Perusahaan Makanan Makcik Ina. walaupun nama syarikat ini tidak diterima oleh uncle and aunty aku yg lain. PERUSAHAAN MAKANAN MAKCIK INA lebih dikenali sebagai KARIPAPBULL dan KUIH MUIH KG.PANDAN DALAM. tp apekan daya. aku tiada kuasa dalam syarikat. sehingga aku pergi tinggalkan syarikat dan teruskan kehidupan sebagai seorang HOMELESSdan semua ini serta peluang kerja yg terhad dalam purata tahunan aku menyebabkan masaalah perbelanjaan bg diri aku untuk teruskan kehidupan yg 1001 perkara yg perlu aku tempuh demi meneruskan kehidupan diri dimana aku lebih menghabiskan hasil wang titik peluhku hanya untuk makan makan makan .
memandangkan diri aku semakin hari semakin kuat nafsu makan seperti tubuh aku ini ditumpangi makhluk ghaib dimana seseorang yg mempunyai SAKA itu akan makan sehingga kenyang . sama seperti diriku ini  , tidak sampai 2 jam selepas makan sehingga kenyang kembali lapar semula . makan banyak mana pon diri aku ni tetap kurus  . tp bukan kurus keding seperti zaman persekolahan aku larh . kerja kerja SEBALIK TABIR SEBAGAI ASISTENT  TEKNIKAL KREW  membuatkan ototku semakin membesar tp tidak sebesar rakan rakan lain . orang kate okey la dari xda nampak otot kan . haha.. walaupon gaji kekadang di cukai oleh pakcik aku sendiri. ada kalanya RM100 sebulan . semua orang hanya pandai bercerita dan berjanji pada aku sehingga aku sendiri takut untuk mencuba perkara lain kerana ada yg berjanji akan gunakan tenaga kederat empat tulang aku ini untuk projek beliau . sehinggakan aku dimaki dan tiada wang pada suatu masa membuatkan aku terpaksa membantu perniagaan nenek walaupun aku terpaksa menahan perasaan aku di kutuk dan di hina oleh mereka yg mengenali diri aku . tp kerana S S C . aku kembali bersemangat dan bersabar je sambil buat pekak walaupun kekadang sampai aku hilang sabar dibuatnyer..
tp jika aku susah hati memikirkan S S C kini sedang merajuk dengan diri aku sudah lebih seminggu membuatkan aku tiada semangat langsung untuk mencari rezeki / selera aku berkurang / berfikir sehingga pening yg membuatkan aku tidak sedar kerana otak sudah keletihan berfikir sehingga setiap denyutan nadi dan jantung aku dapat rasakan dengan jelas jika aku baring atau berehat.
Demi awak mendapatkan senyuman awak semula. sy x kesah keadaan sy disini HURU HARA / DIMAKI serta DIKECEWA . janji sy mampu mendapatkan senyuman dan gelak tawa awak semula .
_______________________________________________________________________
WAHAI CINTAKU S S C . KERANA SIFAT DAN CARA  DIRI KAU INI LA MEMBUATKAN AKU CINTAKAN KAU SEPENUH HATI. MAAFKAN SALAH DAN SILAP AKU SAYANG . AKU PERNAH KATAKAN SEMASA AWAL HUBUNGAN KITA DAHULU . AKU AKAN CUBA SEDAYA UPAYA UNTUK PERTAHANKAN HUBUNGAN KITA DAN AKU AKAN CUBA UNTUK MENGELAK DARIPADA MENYAKITKAN HATI DAN PERASAAN KAU . KERANA AKU BUKAN SEORANG INSAN YG PANDAI MEMUJUK DAN MENJAGA HATI ORANG LAIN. TETAPI DEMI KAU AKU CUBA WALAUPUN ADE JUGA PERKARA YG MEMBUATKAN AKU GAGAL MENJAGA HATI DAN PERASAAN KAU SEHINGGA MEMBUATKAN KAU TERLUKA KERANA KEBODOHAN DIRI AKU YG SUDAH TERBIASA BERTINDAK MENGIKUT KATA FIKIRAN AKU YG ADA KALANYA NEGETIF SEHINGGA MEMBUATKAN AKU SENDIRI KECEWA 


Nota Buat Ex


aku duduk kat bangku, kau senyum senyum pandang aku dari jauh. oh malunya aku time tu. rasa macam nak sorok je muka ni dalam laci meja. esok kau senyum lagi. aku nak senyum balik ekceli tapi aku malu. mahu tapi malu. kau kirimkan aku berhelai helai biodata kau, nama kau, kau suka kaler apa, kau suka makan apa. paling tak tahan kau letak tarikh birthday kau. aku agak kau nak hadiah kan? aku simpan biodata kau dalam buku teks matematik, moga moga mak aku tak jumpa lah.

dulu kau selalu utus surat untuk aku. aku pun rajin balas. aku takde burung hantu nak mintak dia poskan, rumah aku pun jauh dengan pejabat pos so aku just mintak kawan aku yang juga kawan kau pas kat kau. aku lupa nak letak bedak johnson baby. so bau kertas a4 je la. kita jumpa, waktu rehat kau datang jumpa aku. kau tegur aku, aku balas hi tapi still tunduk. aku malu nak pandang muka kau. sebab muka aku ada jerawat atas hidung time tu. oh itu jauh lebih malu dari berbogel dalam mall.

kau masih rajin utus surat, penuh dengan smiley yang tak sudah sudah. naik geram aku tengok. ok, aku dah dapat no phone kau. surat pun dah kemana. tiap hari aku text kau, kau rajin benar balas. sampai naik sakit tangan aku nak taip. tapi aku suka. mesti kau rindu aku kan?

kita kongsi apa yang kita suka. kita kongsi sedih tak lulus matematik. kita gelak gelak lepas cikgu marah aku sebab tak siapkan kerja sekolah. kau kasi aku tiru latihan sebab kau takut aku kena rotan. kita selalu turun pergi kantin sama sama. makan ramai ramai. jarang makan berdua sebab kawan kawan juga penting bagi kita. tapi kau asyik pandang aku. aku nak suap nasi pun kena cover ayu

Ingat lagi kau pernah cakap yang kau sayang aku ? oh aku cair bagai ice cream matkool time aku makan tengahari semalam. aku rasa aku percaya cakap kau, macam kau sorang je yang tak pernah berbohong kat dunia ni. Aku pun sayang kau, macam aku sayang duit duit aku. Nampak tak kau tu sangat penting bagi aku. Kita tak se suwit rose & jack, aku bukan eromeo dan kau bukan juliet yang cantik kononnya tu. tapi aku punya kau, itu sudah cukup untuk aku senyum sepanjang hari.

Makin hari makin sayang. sayangnya, benda yang indah selalunya tak kekal lama. aku sangka nasi tak akan basi, tapi tak sampai sepuluh jam dah bau lain. aku dapat rasa kau dah lain. atau mungkin aku yang lain. kau dah jarang ada masa untuk riplai text aku. even aku sibuk study kimia, aku tetap ada masa tanya kau buat apa makan ke tak lagi. even aku dalam jamban tengah berak aku still fikir kau. lama lama aku dapat rasa senyuman kau makin tawar macam air sirap kantin kita tu. kenapa ? kau dah ada orang lain, siapa ?

hati aku berwarna warni. salah satu sebabnya adalah kau. kau ukirkan aku pelangi untuk aku senyum macam mana bayi tu senyum. tapi sayang, pelangi tak kekal lama. hati aku kau guris dengan sikap kau yang dah tak macam dulu. ya semua orang berubah dengan bersebab. tapi aku tak nampak apa sebab kau. kau ada mulut tapi tak cakap, kau ada kredit tapi tak text. aku syak macam macam. tapi aku masih sayang kau. kita gaduh sampai keluar segala jenis binatang tapi hati aku masih dicop dengan nama kau.

puas aku cuba simpan kau dalam hati. makin aku simpan makin aku sakit. aku sayang kau tapi aku tak dapat bagi kau bahagia. mungkin bahagia kau tak ada dengan aku. berat mata memandang berat lagi aku nak buang kau jauh jauh. aku tak menangis sebab aku nak kau bahagia. bila kau bahagia, itu sudah cukup baik untuk aku terus mengukir senyum. nah, aku bebaskan kan terbang macam bapak aku selalu lepaskan burung dia dari sangkar tu.

hari hari aku nampak kau. kau pandang aku. tapi kita masih berbalas senyum, berbalas text untuk tanya pasal pelajaran. kita masih kawan yang baik. masih berkongsi itu dan ini.

kata orang, barang yang lepas jangan dikenang. Tapi kenapa dekat sekolah kita belajar sejarah ? kenapa perlu hadap apa yang dah jadi semalam, minggu lepas, bulan lepas, lapan tahun lepas?? kata orang juga, semalam adalah kenangan, pahit atau manis ia mengajar kita untuk jadi lebih baik pada hari ini, esok, minggu depan dan masa hadapan.

sayang, terimakasih untuk pelangi yang engkau lukis kan dalam hati aku. kini semua nya tinggal parut. cuba kau hiris tangan kau dengan pisau, nanti kau tahu apa itu parut. cari lah bahagia kau yang kau tak jumpa bila kau dengan aku. terimakasih sebab kau pernah jadi sebahagian dari hidup aku, sekarang kau adalah sesuatu yang aku guna untuk aku belajar hadapi masa depan aku.

ada masa, ada kredit text lah aku. itu pun kalau kau masih simpan no aku. takpe, chatting kat fb pun boleh jugak kalau kredit kau tu keringkontang. nanti dah nak kahwin jangan lupa ajak, aku nak pesan sikit dekat calon suami kau supaya jaga kau elok elok. nanti majlis kahwin kau tu aku boleh je datang, aku belikan hadiah yang pernah kau cakap dekat aku dulu.

kalau umur panjang, kita jumpa lagi. kalau aku mati dulu, bacalah yassin dan selalulah sedekah kan al-fatihah untuk aku

Masih lagi terpahat di hati nama nama mereka~


Diam diam jugak jangan nak melebih

WAHHHH! saia dengar² khabar angin ade hanjing sudah menyalak~ 
tapi dia tak ada berani mau hantam sama saia . dia checkPOINT sama kawan² saia pula~ Ini Hanjing sudah banyak langsi wooo! saia banyak suka! 

Jangan sampai saia jumpa dia di pandan jaya .
nanti bersepai dia punya muka. 
yang sememangnya mintak saia dan kawan² saia yang sudah bersihkan tangan masing² kembali kejalan HITAM untuk bawa dia TERUS MENERUS KEJALAN SENGSARA!

Kuat sangat ke ? duk KL nieh pon merempat! aku diam diam jangan aku kau ingat aku tak amek tau!
INGAT PESANAN AKU SHAH! KAU DAH TIKAM AKU DARI BELAKANG! JANGAN SAMPAI AKU TIKAM KAU DEPAN DEPAN! SIAPA HALANG AKU MENGADAP KAU SEMUA AKU LANGGAR!
makin hari , sy semakin rindukan awk Alynn. ,makin lame makin  banyak sangat perkara yg selalu menjadi persoalan  kt dalam kepala otak sy ni tau..


aku nak family aku kembali bersama , bukan makin huru hara!

bapak tiri aku punye hal . keluarga aku huru hara ~ aku yang xpernah korang bela sebelum ni , yg korang campak mcm sampah sebelum ni pulak korang peningkan , RUMAH PPR pon nak berebut! aku merempat tepi jalan xda sorang pon yang peduli ! Rumah tu nama aku yang teratas , aku malas nak sebok² korang babitkan aku , nak tengok pulak aku buat perangai ? nak tengok aku amik rumah tu ? aku boleh bayar la hutang rumah yang tertunggak tu , ! memang CUN , mak aku kata bapak aku , bapak aku kata mak aku , anak² hilang respect kt parents !


selama ni aku merempat ada korang amik tau ? aku makan x makan ade korang bg duit makan ? ade korang pelawa aku makan ? ade?
aku x hadap pon harta tu semua , sebab korang aku merempat , krisis mak ayah bercerai aku yang merempat . ingat aku ni ape? sampah ? anak punggut ?
ade mak bapak mcm xda! aku susah semua mengelak hilangkan diri dari aku bila aku terdesak perlukan bantuan sampai kebulur beberapa hari , tidow kt kakilima. xpernah pulak korang nak tolong aku ,

sekarang pasal harta , korang peningkan aku apahal , yg sowang cite mcm ni , sowang cite mcm tu , abes aku kt tengah2 ni ape tunggul ? eh bukan korang buang aq ke sebelum ni ? pakej hantar aq ke pusat pemulihan semasa aku berdikari bekerja untuk aku makan sesuap nasi serta ke sekolah ? siap cakap biarkan aku duduk kt pusat pemulihan/ penjara sampai aku tua .

aku ingat semua kata² maki hamun korang kat aku , aku x pernah lupa korang buang aku , x mengaku aku anak korang.. sekarang pasal harta baru semua cari aku , nk amik hati aku ? eh come on la korang dah TUA! xkan nk bertekak pasal harta ,
sekarang RUMAH tu nama aku , di ikuti nama adik² aku dibawah nama aku . korang nak bertekak sangat kan , AYAH TIRI AKU PUNCA SEMUA JADI HURU HARA , lagi nk salahkan orang lain , yang ayah tiri tu tergelak je bila tengok janda dan duda diperbodohkan , MAMA , PAPA NK SELAMATKAN MAMA DARI KENE TIPU GAN AYAH CHIK KAKI BOMOH TU! YANG MAMA IKUT CAKAP AYAH CHIK TU SAMPAI NAK HALAU IKA KELUAR DARI RUMAH TU APAHAL?
SAMPAI AKU CAKAP AKU NK DUDUK KT RUMAH TU MAMA X BAGI APAHAL ? ALASAN AYAH CHIK X BAGI ABG ATAU ADIK² ABG MASUK RUMAH  APAHAL ? MAIN BANGSAT GAN AKU!

11/04/2012 : aku happy kerana dapat jumpa dengan bekas kekasih hati

walaupun hanya beberapa jam kami melepak bersama . aku x mampu nak berkata kata semasa lepak gan beliau, lidah aku umpama kaku ketika aku menatap wajah bekas kekasihku itu , terubat rindu setelah terpisah , walaupon kami terpisah agak lama jika aku rasakan sehari itu mcm 3 hari , pertemuan beberapa jam bersama itu sudah cukup bagi aku , cukup untuk mengubati rindu aku pada beliau , semalam dye agak berlainan daripada biasa , dia kelihatan semakin cantik , membuatkan aku semakin sayang pada dye , walaupon kami sudah berpisah , kasih sayang dan cinta aku pada dirinya takkan hilang . aku akan tunggu dye kembali kepadaku ,
tanpa dia aku rasa diri aku tiada makna , 1001 dugaan telah datang mencabar kesabaran aku untuk teruskan hidup , ada kalanya aku rasa tertekan lalu berfikiran negetif , tetapi kerana hati aku masih lagi milik dye , aku terbayangkan wajah dye ketika aq bersendirian terkenangkan nasib hidupku ini yg aku rasa malang sangat ,

bila bayangkan wajah dye . aku rasa kembali tenang . segala masaalahku hilang buat sementara difikiran aku ,  teringat kenangan sewaktu bersama dye , walaupun hubungan kami tidak panjang , aku ingat semua kenangan manis ketika bersama dye. aku rindukan kasih sayang dye , belaian dye , serta sikap dye yang sentiasa wat aku tersenyum bila melihatnya ataupun semasa aku terkenangkan masa silam bersama dye pon aku akan tersenyum sorang² macam kerang busuk ,

khabar angin megatakan dye sudah mempunyai penganti diri aku . membuatkan aku rasa gelisah dan sedih , tp  kesedihan dan kegelisahan itu hanyalah sementara setelah aku mendengar sendiri jawapan dan penerangan dye tentang khabar angin tersebut , lega hati aku bila dye berkata dye tiada apa apa hubungan istimewa dengan lelaki lain, aku rasa seperti ingin memeluk dirinya ketika mendengar kata² dye. tp kami sudah tiada apa² lagi hubungan , cuma rasa cinta aku terhadap diri dye saja yang masih mekar , xkan aku nk HUG dye sedangkan kami tiada lagi hubungan , kang xpasal pasal dye kate aku cabul dye . mampus~

semasa jalan bersama , secara tiba tiba dye memegang tangan aku dengan erat , aku ingin tersenyum tetapi aku takut dye pikir negetif jika aku tersenyum sorang² semasa berpengang tangan dengan dye , mane la tau kan manusia , otak masing² . mana aku boleh baca pemikiran orang. tp aku dapat rasakan dye masih lagi sayangkan diri aku , aku dapat rasakan kasih sayang dye semasa dye memegang erat tangan aku , dan cara dye memandang aku ketika aku ingin pergi bersama rakanku yang lain ,
dan perkara yang aku pasti bahawa dye masih lagi sayangkan aku lagi bila aku mendapat SMS dari dye
::: I na grak niey . . or u na lpak agy? ::: , sms ini bermaksud dye ingin bersama luangkan masa bersama aku lagi , tetapi disebabkan aku sudah bergerak ke lokasi lain , aku terlupa untuk membalas SMS dye sampai dye ingatkan aku sedang sibuk , aku takut sangat jika dye pikir negetif terhadap aku ,

aku harap jika aku ada masa terluang lagi , aku dapat luangkan masa  seharian bersama dye .
hati aku sentiasa rindukan dan cintakan dye , dan ternyata aku masih lagi tidak dapat lupakan dye serta menerima hakikat bahawa kami sudah tiada apa² lagi . kerana CINTA AKU HANYALAH SATU , DAN DYE SAJA PEMILIK HATIKU KINI DAN AKU HARAP BUAT SELAMANYA =D


*** Biar dalam hati ada taman jika inginkan kebahagiaan  kerana setiap insan akan berumahtangga membina keluarga sendiri , walaupon dalam hati ada taman , jiwa aku tetap ROCCKK~ =p

Berakhirnya sebuah percintaan

bila kawan baik kite sendiri syok kt gadis yg kt cintai ape korang buat?

aku sanggup kehilangan SEORANG KAWAN jika aku kehilangan CINTA hati aku .
lebih baik xpayah jadi kawan jika kebahagiaan aku kaw nk rembat . mmg terbaik la ayat kaw kt FB kan

" Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya
untuk mencapai kejayaan.
*tp aku bkn kawan yg baek sbb aku suke mengumpat dan mengutuk kengkawan aku... "


"aku dah cube bgtau ko kawan...tp aku tak sanggup kehilangan sorang sahabat dan aku jugak tak sanggup kehilangan orang yg aku syg...
aku bkn senang utk jatuh cinta...tp kali ni ia datang dgn sendiri smpai aku tak dapat nak menafikan lagi...mmg aku syg die...aku mintak maaf sgt²...aku tau ko pasti akan kecewa dan sakit hati...tp ko kene terima kenyataan...inilah kenyataan....aku syg die.. "


"mengalir lagi air mate aku...aduhai....kenape berat sgt dugaan yg aku tanggung demi mendapatkan sebuah cinta sejati...to all gurls....tolong lha....jgn biarkan air mata orang yg mencintai anda mengalir...sbb air mate lelaki ni akan mengalir depan anda ble die dah betul² fed up tuk teruskan...kepada sahabat plak cukup lha...jgn lha sbb pompuan sampai nak buang kawan...pk la...pikir 100 kali mcm aku pikir nak terima die ke tak...sampai skunk pon maybe tak habes lagi..:;( "

ape ni semua? nk jadi kawan aku mcm ni ke caranya ? dulu kaw dah pernah buat sekali perangai mcm ni  . aku buang kaw dari hidup kau . ex aq free2 dapat maki hamun dari aku disebabkan kaw sampai ktorang berpisah . then scandal aku pon kaw try .

Come on la bro . umur kaw lg tua dari aku tp perangai mcm budak2 nk sailang kebahagiaan kawan² . kalau kaw terdesak sangat nk awek. jangan la awek kawan² pon kaw try . dah lame buat kerja ni ? ikutkan hati aku  da lama aku singkir kaw jadi kawan aku . tp disebabkan dia . aku masih lg boleh bersabar.


INGAT BRO! AKU KEHILANGAN DIA SEPENUHNYA. AKU KEHILANGAN CINTA DIA.
KAW BOLEH BERAMBUS DARI HIDUP AKU! FAHAM!!

Cara syaitan bogelkan perempuan


Syaitan sangat tidak suka kalau ada manusia yang taat kepada Allah. Kerana itulah syaitan selalu berusaha menggoda manusia agar tergelincir dari jalan Allah. Dalam menggoda manusia, syaitan memiliki berbagai cara dan strategi. Dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su ‘). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah.Salah satu sebab kehancuran umat manusia adalah kerana hubungan lawan jenis yang tidak sah. Dan sebelum terjadinya hubungan ini, biasanya didahului dengan saling memandang, saling tertarik, lalu saling bertemu, dan selanjutnya saling bermaksiat. Untuk menjayakan terjadinya proses kemaksiatan inilah syaitan berusaha melepaskan hijab atau pakaian muslimah. Lepasnya hijab muslimah merupakan jalan licin yang mudah menggelincirkan manusia dari ketaatan kepada Allah.


Ini adalah tahap-tahap yang digunakan oleh syaitan dalam melepas pakaian muslimah:

1. Menghilangkan Definasi Hijab
Pada tahap ini, syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apa pun termasuklah hijab, tiada kaitannya dgn agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar’ie. Pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya, tetap juga dikira pakaian.

Akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah utk pakaian ikut berganti juga. Demikianlah pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yg lain, maka harus baginya untuk menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, walau apa pun yang mereka pakai.

Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan bahawa hijab adalah pakaian syar’ie (identiti keIslaman), dan memakainya adalah ibadah, bukan sekadar gaya (fashion). Bagi mereka ini, biar hidup dalam zaman dan negeri mana sekalipun, hijab syar’ie akan tetap dipertahankan.

Pertama: Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). “Ah tidak mengapa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang?” Begitu bisikan syaitan. Dan benar, si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik, “Lihat … tiada apa-apa, kan?”

Kedua: Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru. “Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu. Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka. ”

Ketiga: Berpakaian Tapi Telanjang
Seterusnya syaitan berbisik lagi, “Pakaianmu hanya biasa-biasa saja .. bagaimana kalau kamu cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus?”. Si wanita berfikir sejenak. Pakaian yang macam mana ya? “Banyak fashion dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih sedap dan cantik dipandang,” syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita. Dicarinya model pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparant. “Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan model nya saja yg agak berbeza, biar nampak lebih feminin,” begitu dia menambah. Dan hasilnya pakaian tersebut akhirnya menjadi budaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparant, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang!).

Keempat: Agak dibuka Sedikit
Setelah para wanita muslimah memakai pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasa, dia menawarkan idea baru yang sepertinya “cool” dan “vogue”, yakni dibisikkan kepada wanita itu, “Pakaian seperti ini membuat anda susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya dibelah hingga lutut atau mendekati paha? Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik. ” Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar, dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha, ternyata membuat lebih selesa dan selesa, terutama ketika mahu duduk atau naik kenderaan. “Ya …. tersingkap sedikit tak mengapa lah, yg penting enjoy,” katanya.

2. Terbuka Sedikit Demi Sedikit.
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih “power”, tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama: Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan berbisik kepada para wanita, “Baju panjang benar-benar tidak praktikal, kalau hanya dgn membelah sedikit bahagiannya masih kurang selesa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki, barulah agak longgar … Oh ya, ada yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, skrg kamu carilah tudung yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, asal orang tetap menamakannya dengan tudung. ”

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fashion pakaian yang dimaksudkan. Tidak ketinggalan sandal tumit tinggi, apabila berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua: Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa dia lakukan, dan ternyata org yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, “Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yg anda lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fashion lain yg lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terbuka, hanya terlihat kira-kira sepuluh sentimeter saja. Nanti kalau sudah biasa, barulah kamu cari fashion baru yang terbuka hingga separuh betis. ”

Ketiga: Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Kadang-kadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, “Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya. “”Tetapi apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?” . “Fitnah? Ah, itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak duduk di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, mereka malah senang dan mengatakan ‘ooh’ atau ‘wow’. Bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-sama suka? Lihat saja fashion pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang di jual di butik, membeli-belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita moden di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman. ”



3. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari-hari dan dirasakan biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yg lain.

“Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini model skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah.”

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya, dan pelbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tidak ketinggalan pakaian pendek separuh paha pun dia ada. Model dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, iaitu kemaluan dan buah dada. Mereka semua memakai pakaian yg sering disebut “bikini”. Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na’udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya “Membogelkan Kaum Wanita” tercapai.

“Seterusnya terserah kamu wahai wanita, kamu semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat awam. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kamu sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggunglah sendiri semua dosamu” kata syaitan, tidak mahu mengambil risiko.

Demikianlah halusnya cara yg digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahu a’lam bisshawab.

Read more: http://aliffcullen.blogspot.com/2012/03/cara-syaitan-bogelkan-perempuan.html#ixzz1pYaCrwtm

12 jenis perempuan single

12 jenis perempuan single

1. Pencari Teman Hidup
Perempuan jenis ini percaya bahawa setiap orang memiliki belaian jiwa dan ia akan melakukan apa saja untuk bertemu jejaka pilihannya. Sayangnya, kadang-kadang mereka terlalu fokus untuk mencari jejaka yang tepat sehingga menyebabkan para jejaka lain terpaksa menunggu untuknya.

2. Bangkit Semula
Mereka yang baru saja mengakhiri hubungan yang menyakitkan akan melakukan apa saja yang boleh dilakukan untuk bangkit dari hubungan terdahulu dan menjadi lebih baik. Mereka tidak menyesali apa yang terjadi dan berusaha mengambil hikmah dari semua peristiwa yang terjadi.

3. Tak Peduli
Perempuan seperti ini lebih suka membiarkan hidupnya berlalu begitu saja. Dia lebih suka hidup sendiri daripada memburu lelaki dengan berbagai cara. Bila akhirnya dia bertemu jodoh, hal itu hanya akan terjadi secara kebetulan.

4. Menunggu
Mereka percaya dengan kisah-kisah dongeng, di mana para perempuan menunggu untuk "diselamatkan" oleh seorang putera. Perempuan macam ini yakin dimana pada suatu saat akan ada lelaki yang mampu mengambilnya dan mereka memilih menunggu kehadiran jejaka tersebut.

5. Bebanan Kahwin
Seumur hidupnya, dia memuaskan keinginan dirinya untuk meraih kepuasan, sama ada dalam karier, pergaulan, mahupun pencapaian lainnya. Ketika akhirnya mereka berasa sudah sampai waktunya mencari calon suami, mereka akan menghentikan sahaja segala aktiviti yang menjadi keutamaannya. 6. Bebas
Perempuan pada kategori ini selalu khuatir disebabkan mereka harus memilih antara hidup sendiri dan berkomitmen. Biasanya, mereka akan memilih hidup sendiri, tetapi bebas menentukan arah hidupnya.

7. Ingin berkahwin
Perempuan ini biasanya akan berkhayal tentang suatu pernikahan setelah seumur hidupnya tidak memikirkan konsep pernikahan. Hal ini biasanya didorong oleh suatu peristiwa besar yang membuka fikirannya bahawa sesuatu yang diyakininya ternyata tidak tepat.

8. Pembelot
Perempuan yang tak lagi ingin hidup dengan cara yang sama yang dijalani komunitinya meskipun dulunya dia juga mengamalkan gaya hidup tersebut. Dia ingin menemui cara yang sesuai dengan pilihan hatinya meskipun itu bererti dia harus meninggalkan kawan-kawannya.

9. Ingin Perbezaan
Perempuan yang ingin berkahwin, tetapi juga merasakan kekuatan untuk menjalani suatu pernikahan yang tidak konvensional. Perbezaann itu biasanya bermula sejak penentuan konsep pernikahannya.

10. Menjadi ibu
Perempuan jenis ini selalu berfikir, suatu ketika nanti dia pasti akan menjadi seorang ibu. Namun, dia berharap tidak ada orang lain yang mendesaknya agar segera merealisasikan harapannya itu. Bahkan, kadang-kadang dia sebenarnya akan berasa tidak patut berkahwin untuk mempunyai anak.

11. Lambat dan mantap
Perempuan jenis ini, mungkin juga seperti kebanyakan perempuan lainnya, berharap berkahwin pada waktu yang tepat. Sementara itu, dia akan berusaha sekuat tenaganya untuk tidak menghiraukan segala desakan atau tekanan dari kawan-kawan atau keluarganya untuk segera berkahwin.

12. Perintis
Perempuan jenis ini berasa kehidupan pernikahan tidak sesuai untuknya. Maka, dia akan cuba mencari cara baru untuk mendapatkan kebahagiaan.

Read more: http://aliffcullen.blogspot.com/2012/03/12-jenis-perempuan-single.html#ixzz1pYZbvH8K

Tidak boleh dinafikan sikap dan perangai budak-budak sekolah masa kini amat berbeza dari masa beberapa tahun lalu.
Arus kemodenan dibantu dengan teknologi seperti internet dan telefon bimbit, membolehkan aksi-aksi yang kurang senonoh bukan sahaja dirakam dengan mudah, malah disebarkan dengan pantas.
Cuma tidak berapa dapat difahami mengapa ada budak sekolah yang hendak buat aksi angkat kain?
Nak tayang apa dan nak tayang kat siapa?
Jangan marahlah, tapi untuk yang buat aksi ni, jaminan kerja sebagai GRO memang dah ada.
Kalau muka cun, mungkin mahal sikit, tapi kalau muka tongkang pecah pun masih ada keje, cuma tips kuranglah.
So, kalau tak kisah jadi GRO, teruskanlah menayang segala aset yang ada.
Gaji dan jumlah tips yang diinginkan boleh dirunding.
Tapi, kalau tak berminat nak bagi tetak kena ramas dengan jantan yang tengah stoing todi, elok ubahlah perangai dari sekarang.
Zaman persekolahan datang sekali, kalau nak berjaya dari segi pelajaran, inilah zamanya.
Nak jual body jugak, kau punya pasal la…kau pastinya bukan adik perempuan atau anak aku.

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Bosan ? try buat mcm dowang ni

Macam nila cara nak hilangkan bohsan.Belajar stress2..skali-skala nak la jugak menyengal


Read more:http://baikpunyer.com/sengal-punyer-aktiviti-budak-kampus.html#ixzz1l7YvdW2M

5 Trend Jahiliyah Perempuan Melayu Masa Kini



5 Trend Jahiliyah Perempuan Melayu Masa Kini

5 Trend Jahiliyah Perempuan Melayu Masa Kini | Semua orang nak berfesyen dan mengikut trend, terutama golongan wanita. Pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden.Tetapi kebanyakkan wanita yang dapat dilihat, pakai tudung tapi lengan terdedah, dada terdedah, kaki terdedah. Camna tu? Sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini. Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, “kenapa?”. Mari kita kenali dulu 5 trend atau sikap wanita yang terpesong dalam zaman moden ni. (Nota: INILAH REALITI KEBANYAKKAN WANITA WALAU TIDAK SEMUA BEGINI)

1. Pakaian Ketat, Sendat dan Terlalu Seksi

Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkan lurah dendam “neraka” depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut! Ewwww…simpan la barang-barang privasi korang tu, takyah tunjuk-tunjuk.

2. Tudung Nampak Bayang Rambut

Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung. Dan macam-macam lagi kalau aku bagi contoh. Nak tau lebih lanjut, baca ni: 8 Jenis Fesyen Tudung Pelik Malaysia dan 11 Fesyen Kontroversi Gaya Tudung Wanita Malaysia. Memang ada pelbagai fesyen tudung wanita yang tidak tahu aku nak ulas camna.

3. Pertuturan Lancang dan Ketawa Mengilai

Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak. Kadang-kadang kalau restoran tu, suaranya mengalahkan suara TV yang dipasang. Kadang-kadang tu time gelak tu terkeluar benda yang tengah dimakan, tempias sana sini. Ish ish ish wanita jenis apa la ni.

4. Bertepuk Tampar Dengan Lelaki

Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata? Lelaki pun satu hal gak, membenarkan dirinya ditepuk dan ditampar oleh wanita. Bukan sedap pun. Sakit wooooo.

5. Bercumbu dan Memadu Kasih Tanpa Segan

Bercumbu dan memadu kasih tanpa segan ini adalah antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam. Memang dalam perkara ini kaum lelaki juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian ‘gadis bertudung’ di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan dan seks yang dirakam secara rela atau tersembunyi. Astagfirullah. Malu tu kan mahkota seorang wanita.

Kesimpulan

Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Tujuan aku bukanlah untuk mencari kekurangan gadis Melayu kerana aku sendiri punyai anak perempuan dan isteri. Cuma rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual. Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri. Aku minta maaf kalau ada yang terasa. Pahit untuk aku katakan, tapi pahit itu lah ubat. Untuk lelaki yang membaca ni, ingatlah, korang nanti akan ditarik oleh golongan wanita ke neraka jika bersikap dayus. Baca ni: Empat Golong Lelaki yang Dibawa Wanita Ke Neraka. Share tulisan entri ni dengan orang yang korang sayang. Semoga bermanfaat untuk semua. Wallahualam.