Kawan² saia xda keje buat karangan pagi² akibat kebosanan



Bukan senang seorang perempuan nak menghargai cinta ikhlas dari seorang lelaki...

zaman sekarang perempuan hanye mendengar ayat² manis dari lelaki yg hanye nak maenkan perasaan mereka wlupon hakikatnye ayat² manis itu ternyata hanya mainan kata² bg meleburkan tembok besi hati seorang perempuan....akhirnya orang yg rugi dari segala aspek hanyalah si perempuan...dan si lelaki hanye tersenyum puas s...etelah ikan yg di jerat dengan pukat,mati terkulai di atas daratan tanpa tebing dan pantai.....

cinta ikhlas dan suci dari lelaki yg setia tak mampu lagi menembusi hati rawan seorang perempuan....kerana visi pandangan mata hati perempuan di kota metropolitan ini telah semakin kabur di litupi debu² 'dusta' dan jerebu yg terbentuk dari berbagai tipu daya yg berlantaikan dendam,bertiangkan hawa nafsu,berbumbungkan kisah silam dan berdindingkan keegoan.....kini,keikhlasan dan cinta sejati tak lagi menjadi kayu ukuran sebaliknya di gantikan dgn paras luaran, manis senyuman dan gaya yg tampan....

hanya dgn bermodalkan sedikit kemewahan dan janji manis yg tinggi melangit,dah cukup utk meranapkan bukan sahaja hati seorang perempun,malah segala yg selama ini dipertahankan turut karam di lautan yang tidak bertepi...

tp tanpa si perempuan sedari.....dari satu sudut kesuraman,samar² kelihatan seorang lelaki yg sedang menitiskan air matanya kerana terlalu sedih di atas setiap luka yg merobek hati insan yg dicintainya dgn sepenuh hati....

*p/s:sampai bilakah insan bernama lelaki yg hanye berbekalkan sebuah kejujuran,sebuah keikhlasan dan sekeping hati yg di sulami cinta yg tidak berbelah bagi itu akan terus terlindung dari pandangan insan yg di cintai?


sehingga hati lelaki itu difahami oleh wanita yang dicintai nya walau pun dia tidak mempunyai apa² tapi hati,cinta dan kasih sayang yang ikhlas akan merubah segalanya.. memang ramai yang menyangka setiap lelaki yang berbekalkan kejujuran,keikhlasan,dan sekeping hati yang disulami cinta itu tidak mampu atau tidak cukup untuk membuat mereka bahagia dengan senang kata kita tidak boleh makan keikhlasan awak kita tidak boleh makan kejujuran awak kita tidak boleh makan sekeping hati untuk hidup di masa hadapan nanti.. tetapi keikhlasan kejujuran dan sekeping hati itu lah yang memberi lelaki semangat untuk berkorban apa sahaja untuk wanita dicintai nya...

apabila air mata yang ikhlas dan jujur itu jatuh ke muka bumi ini demi wanita yang dicintai nya tidak ada seseorang pun yang mampu mengobati rasa sakit itu melainkan orang yang dicintai nya menadah air mata tesebut tetapi adakah masih ada keikhlasan dan kejujuran yang sanggup menadah air mata lelaki tersebut... ketika itu hati yang kebal di kelilingi cinta hancur akibat tergores sedikit demi sedikit oleh cinta yang dipercayainya...

memang kamu tdak boleh makan kejujuran lelaki itu memang kamu tidak boleh makan keikhlasan hati lelaki itu dimasa hadapan nanti... tetapi kamu boleh membuat lelaki itu merasa semangat dan kewajipan yang kuat untuk mencari apa yang kamu inginkan jika kamu benar² ikhlas mencintai... jika cinta lelaki itu dihargai dan dikasihi insyaallah itu akan menjadi satu dorongan kepada lelaki itu untuk berusaha lebih gigih untuk membahagiakan kamu... memang jika lelaki itu tidak mempunyai rupa, lelaki itu tidak mempunyai kekayaan lelaki itu tidak mempunyai gaya seperti yang orang lain punya... tetapi dia ada apa lelaki lain yang cuma ingin kan nafsu dan kemewahan semata mata.. iaitu hati yang ikhlas mencintai seorang wanita dan menghargai seorang wanita yang di cintai nya...

*P/S: sampai bilakah hati seorang lelaki yang ikhlas mencintai wanita itu akan terus dilukai walaupun cinta itu ikhlas dan tulus kepada wanita itu dan sanggup menerima apa adanya wanita itu? masih lagikah wanita2 di luar sana yang tertipu daya akibat paras dan rupa, harta dan kekayaan yang cume menjerat mereka ke permainan mereka sahaja? orang tua² pernah berkata lebih baik dicintai daripada mencintai tapi zaman yang modern dan maju ini sudah menutup mata dan hati mereka akibat lelaki yang pernah memainkan perasaan mereka .. sampai bilakah hati lelaki seperti ini akan terus dilukai dan dipermainkan oleh CINTA yang TULUS...


Prince Skull Membalas kata² salman cahaya  

nice speech....ia bukan sekadar ayat jiwang yg boleh dibace dari mane² novel cinta...tp ianya lebih kepada luahan hati berdasarkan kisah benar...ia bukan sindiran atau puisi dan seloka....tp ia adalah kenyataan pada lumrah dunia....kejam ka...h duniawi ini? kenapa orang yg bersikap jujur,ikhlas,setia,amanah,dan memahami tidak dibenarkan mengecapi kebahagiaan yg sewajarnya? dan mengapa pula mereka yg hanya bermain dengan kata² manis demi menyakiti orang laen dan meranapkan masa depan kaum yg seharusnya mereka lindungi selalu mengecapi kebahagiaan dunia beralaskan tangisan air mata perempuan yg tak pernah mereka hargai..

dan jika perempuan itu menangis,menitiskan airmata dan meratap meraung, utk apakah air mata tu mengalir?kerana luka di hati?atau kerana kejahilan sendiri yg begitu mudah menelan janji² romeo itu yg dah terang lagi bersuluh ianya hanyalah ibarat tiupan 'angin sepoy²' yg mmg mampu membuat si hawa hanyut di buai mimpi.....namun tanpa dia sedari...setelah 'angin sepoy²' itu berlalu meninggalkan kita,angin ribut taufan yg maha dahsyat sedang mengikuti dengan laju dari belakang utk memusnahkan segala²nya.....

dan jika perempuan itu tidak menangis malah munguatkan semangat utk membalas dendam kepada lelaki laen,wajarkah si hawa itu berdendam?sedangkan dia tak pernah pikirkan betapa sucinya cinta si Lelaki yg pernah ditolak mentah² cintanya suatu ketika dulu...dan die tak pernah rase bersalah disaat die mengecewakan hati lelaki itu.... tp wlupon cinta dan keikhlasan yg si lelaki itu beri hanyalah menjadi bahan gelak ketawa si hawa...namun ia tak sedikit pun menjejaskan cinta sucinya pada si hawa...jika si lelaki itu tau di mana si hawa itu pergi...maka di situ la arah tuju nya....wlupon dia tak dapat mendekati si hawa...namun cukup dan memadailah jika dia dapat menatap wajah si hawa yg sedang tersenyum gembira dari jauh...baginya kegembiraan yg terpancar di wajah manis si hawa juga satu kebahagiaan bagi dirinya....begitu sekali ikhlas dan suci cinta si lelaki...
namun si hawa tak pernah menyedarinya....si hawa tak pernah tau ade seorang insan yg sentiase mendoakan kebahagiaan utknya dan si hawa juga tak pernah tahu yg insan tersebut turut mengalirkan air mata setiap kali si hawa meratap dan meraung di kecewakan romeo² yg sememangnya hanya ingin mengambil kesempatan...
 Salman Cahaya meneruskan kata² beliau dengan sepenuh hati beliau
tetapi jika semua wanita hanya memandang kepada romeo² yang di luar sana. kemanakah lelaki ini atau pun lelaki yang mempunyai cinta yang suci dan ikhlas itu akan pergi? jika benar kaum hawa hanya ingin membalas dendam yang dipendam olehnya ...ketika suatu masa dahulu perlukah dia membalas kepada lelaki yang mempunyai cinta yang ikhlas dan suci itu? apakah kesalahan lelaki yang mencintai kaum hawa tersebut? salah kah dia mencintai kaum hawa ini dengan penuh keikhlasan dah kejujuran. salahkah dia menaruh harapan dan kasih sayang yang tak pernah terbalas dan dia hanya menunggu dan terus menunggu untuk dihargai cintanya itu?

cinta... adakah cinta itu hanya perlukan paras rupa dan kekayaan? adakah cinta itu tidak perlukan kasih sayang yang ikhlas antara pasangan tersebut? adakah cinta itu tidak perlukan kejujuran antara pasangan tersebut? adakah cinta itu tidak perlu dihargai? jika anda mencari cinta hanya untuk permainan alam maya dan tidak pernah menghargai apa sebenarnya erti CINTA yang sebenar nya. jangan lah mengaku bahawa anda adalah seorang manusia yang memahami pasangan anda... adakah cinta itu hanya perlukan nfsu semata² benarkah cinta itu buta? dengan erti kata lain cinta itu hanya untuk permainan semata²?

hati lelaki yang keras dan sukar untuk di lembut kan akan cair dan lembut kerana cinta.. sikap lelaki yang pemalas dan suka mengeluh akan rajin kerana cinta mata lelaki yang buta akibat wanita murahan dan senang dibeli akan bersih kerana cinta, niat buruk lelaki kepada wanita dan tidak pernah menghargai wanita akan mula menghormati kaum wanita, begitu hebat nya cinta itu tetapi jika semua wanita tidak pernah memahami hati lelaki yang mempunyai hati, kejujuran dan keikhlasan cinta? mengapa apakah hati² wanita ini sudah buta akibat romeo² yang bertopengkan jerat di luar sana?

biasanya kita akan sukar melihat air mata seorang lelaki. tetapi demi cinta yang ikhlas dan hati yang selalu digores dan perasaan yang tak pernah difahami oleh kekasih yang dicintainya akan menghasil kan bukan hanya setitis malah betitis titis air mata yang jernih tanpa kepalsuan yang akan menitis dari mata seorang lelaki. orang tua pernah berkata air mata yang melimpah kerana cinta itu adalah air mata yang suci.. tetapi adakah air mata itu difahami oleh wanita² sekarang?

apakah begitu buta nya wanita ini sehinggakan dia tidak pernah melihat sedikit pun keikhlasan lelaki ini terhadapnya dia tidak pernah menghargai sedikit pun pengorbanannya, sedangkan dia tdak pernah memintak lebih, hanya sekadar menghargai cinta nya yang tulus dan ikhlas kepada nya. salahkah permintaan itu terhadap nya? besar kah permintaan itu terhadap seorang wanita? berat sangat kah untuk menghargai cinta yang ikhlas?

padahal menghargai cinta yang ikhlas itu adalah sangat indah.. jikalau kaum² hawa pandai menghargai cinta ikhlas seorang lelaki itu terhadapnya tidak akan terjadi kejadian seperti bunuh diri dan sebagai nya . hanya kerana paras dan rupa kaum hawa itu menjadi bangga dan membuat kan kaum² hawa ini menjadi ego untuk menerima lelaki yang hanya berbekal kan cinta yang ikhlas, jujur,dan hati yang hanya didiami oleh wanita tersebut?

*P/S adakah ego atau pun zaman kini yang membuat kaum² hawa buta terhadap lelaki yang menaruh harapan dan cinta yang ikhlas kepadanya atau hanya paras rupa yang cantik menjadi kebanggaan kaum² hawa ini? jika semua wanita tidak pandai atau tidak mahu menghargai cinta suci ini apakah yang akan terjadi nanti?

 Kata-kata terakhir Prince Skull
Salman , Karipapbull , Asiyah Athyrah....ni ade satu cerita yg aku nak korang bace....tp sebelom bace cerita ni korang follow up dulu luahan² diatas....tiada kene ngene diantara sesiapa pon...hanye berkongsi sedikit luahan hati untuk menye...darkan diri sendiri diatas segala kekhilafan yg telah kita lakukan sama ada kita sedar atau tidak...
dan juga luahan hati yg aku curahkan di atas juga aku tujukan pada seorang gurl yg aku tak nak tag name die...so kalau ade yg rase terkene pada batang hidung sendiri jadi,harap boleh sama² perbaiki kelemahan kita...:))

GIRL : awak , kite nak bgtau awk sesuatu .
BOY : ye awak , ape die ckp lah .
GIRL : Ex kite dtg balik nakkan kite . urmm .
BOY : hah ?? emm , awak masih cintakan dia ke wak ?
GIRL : Entah . tapi dia datang dulu sebelum awak . Awk rasa apa patut kite wat ek wak ?
... ... BOY : kalau awk masih sygkn dia , awak pergi lah pada dia .
GIRL : Awak x cemburu ke ? Awak tak marah ?
BOY : (tunduk dgn nada su...ara yang sayu2) Buat apa kite nak marah awak . Mungkin dia boleh jaga awak dgn sempurna.. Kite tahu kalau betul awk sygkan kite , takkan ada orang lain boley rampas awak dari kite . ( tunduk lalu setitis air mata jatuh membasahi bumi )
GIRL : (terdiam terpaku dgn kata2 kekasihnya) wak , awak . dengarlah sini . pandang lah kite . kite tak inginkan yang lain , kite janji cinta kite hnya untuk awak. (lalu mengesat airmata si kekasihnya)

Moral : Janganlah menguji tahap kecemburuan seorang lelaki , kerana ianya akan terpendam sehingga menitiskan air mata . Air mata bg lelaki amat bermakna , tp ianya akan tewas jika hatinya dilukai dan tak dihargai :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan