Azura 2011 ialah filem terbaru Aziz M Osman. Agak kontroversi jugak nak pilih hero filem Azura 2011 ni, Shah Jazle menggantikan Gambit kerana Gambit meletakkan tawaran harga yang tinggi.. tinggalkan dulu cerita tu. Adoiyaii! rugi Gambit digugurkan, dan untung pulak kat Shah Jazle yang bertambah-tambah popular lepas drama Asmara..hehe!! lepas tu digandingkan dengan heroin Lofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 22, dinobat sbg dewi remaja 2010 yang cantik jelita ni.
Sudah pasti Shah Jazle jadi Zack dan Lofa jadi Azura. Apa yang menarik dalam filem Azura 2011 ni, pengambaran dibuat di Paris dan London. Lokasi pun hebat ye. Watak bapa Zack ni dengar cerita Aziz M Osman nak bagi kat M. Nasir dan watak  mak saudara Azura nak bagi kat Erma Fatima. Kita tunggu je nanti betui ke dak cerita ni.
Azura 2011 tayang di pawagam pada 2.2 2012

Lagu hit filem Azura, Sandarkan Pada Kenangan akan dikekalkan sebagai lagu tema atau OST Azura 2011 ni, apabila M Nasir menyusun semula lagu tu. Kalau tak da lagu tu, tak da ummphh!! jugak filem ni kan.


Kalau siapa pernah tengok filem Azura 1984 dulu, masa tu saya kecik lagi hehe.. Zack kahwin dengan Azura tapi tak direstui oleh bapa Zack, depa berdua duk rumah sewa kecil dan Zack kerja di stesen minyak dan kerja buruh kasar je. Azura pulak kerja di kedai butik. Tapi dalam versi 2011, Zack bawa Azura bertemu bapanya di Paris, namun niatnya untuk mengahwini Azura ditentang bapanya dengan alasan Zack masih mentah dan belum mampu berdikari. Namun, dengan bantuan nenek Zack (lakonan Afida S), Zack dan Azura kahwin lari ke London.
Sejurus selepas perkahwinan yang tidak mendapat restu itu, bapa Zack menghentikan segala bantuan kewangan terhadapnya, lalu dia pulang ke Malaysia dan belajarhidup berdikari di sisi Azura.

Poster ni bukan yang betul ye, direka oleh nurizspace.com..heheh!!
BIODATA heroin AZURA 2011



Cinta Lokasi Lofa dan Shah Jazle: Lofa mengakui filem Azura versi baru adalah sebahagian kisah dirinya. Lofa mengaku, baru saja putus cinta dengan kekasihnya yang juga seorang model. Wahh!! ada can ni hahah!!
Kata Lofa,

“Kami putus kerana percintaan kami mendapat bantahan keluarga. Saya juga ingkar permintaan bekas kekasih supaya tidak menerima tawaran berlakon. Kini, fokus saya terhadap lakonan dan pelajaran. Saya tak mahu lagi memikirkan soal cinta,”
Seandainya berlaku cinta lokasi, ditakdirkan jatuh hati dengan Shahz, apa reaksi Lofa ?

“Orang sekeliling sering memberi peringatan, apa tujuan saya terjun dalam industri lakonan, saya mencari pendapatan sampingan, bukannya memburu cinta.”



Keintiman Lofa dan Shah Jazle

Cerita terbaru Maria Farida dah Shah Jazle dah putus kerana cinta lokasi antara Lofa dan Shah Jazle ..hhuhuhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan