Bagi pengguna WordPress yang menggunakan hosting sendiri, salah satu ciri menarik yang dibanggakan adalah fungsi komen berantai (threaded comment). Sebelum ini, fungsi ini tidak terdapat bagi pengguna blogspot, tetapi mereka yang ingin menggunakannya boleh menggunakan aplikasi pihak ketiga seperti livefyre, disqus dan sebagainya.

Kini, melalui sebuah pengumuman, ianya mengatakan bahawa Blogger.com telah memperkenalkan fungsi tersebut kepada pengguna blogger.com! Kami pasti ini adalah satu fungsi yang amat ditunggu-tunggu oleh pengguna blogger.com. Berikut merupakan paparan komen berantai di blogger.com:

Blogger Threaded Comment

Walaubagaimanapun, fungsi ini hanya akan berfungsi sepenuhnya bagi pengguna yang menggunakan template dari blogger.com sahaja. Pengguna yang menggunakan template buatan sendiri (custom template) mungkin tidak dapat menggunakan fungsi ini, melainkan mereka mengubah struktur kod template mereka.


Tutorial Mengaktifkan Fungsi Komen Berantai Di Blogger.com

1. Settings > Allow Blog Feed > Pilih “Full”















 Setting Threaded Comment














2. Settings > Posts and Comments > Pilih “Embedded”

Blogspot Threaded Comment

1 ulasan:

  1. blogwalking kat sini :)

    jemput ke blog Zam

    http://zamani84.blogspot.com/

    ThanNkS :))

    BalasPadam