PERMOHONAN KERJA : Penyediaan Resume


PERMOHONAN KERJA

Penyediaan Resume
Butiran maklumat diri atau yang lebih dikenali sebagai resume atau curriculum vitae (C.V) adalah butiran bertulis mengenai diri anda, iaitu mengenai siapa dan apa yang pernah anda lakukan.
Resume biasanya digunakan dalam permohonan kerja professional atau professional bersekutu. Melalui resume yang telah anda sediakan, bakal majikan akan dapat membuat tanggapan pertama mengenai diri anda.
Oleh itu, adalah amat penting supaya anda menyediakan resume yang baik. Resume yang disediakan hendaklah:

-   kemas, ringkas dan padat (iaitu tidak melebihi dua muka surat)
-   perkataan mudah digunakan
-   tidak ada sebarang kesilapan ejaan atau tatabahasa
-   dapat memberi impak
-   gunakan kertas putih kosong saiz A4 yang berkualiti
-   gunakan jarak dua (double spacing )
-   gunakan sampul surat yang besar dan jangan melipatkan resume anda


Pada kebiasaannya, resume perlu mengandungi perkara-perkara berikut:

-  Maklumat peribadi (termasuk foto paspot anda yang terkini, sekiranya diminta).
-  Maklumat pendidikan seperti senarai sekolah dan instutusi latihan yang pernah anda hadiri dan kelulusan (sijil, diploma dan ijazah) yang diperoleh serta tarikhnya.
-  Pengalaman bekerja termasuk nama dan alamat bekas majikan anda (termasuk latihan ilmiah di industri pendidikan dan kerja musim cuti yang relevan)
-  Kemahiran khusus (misalnya kefasihan bahasa, pengetahuan komputer, penganugerahan dan kemahiran-kemahiran lain).
-  Hobi/Kegemaran
-  Nama dan alamat penyokong (references), sekiranya diminta.

Contoh resume adalah seperti di Lampiran II. Dokumen-dokumen sokongan yang relevan hendaklah disertakan.



 
LAMPIRAN II


  Contoh Resume


NAMA:

NO. KAD PENGENALAN:

TARIKH LAHIR:

 

FOTO PASPORT TERKINI (sekiranya diminta)

UMUR:

JANTINA:

TARAF PERKAHWINAN:

ALAMAT SURAT-MENYURAT:

TELEFON:

E-MAIL:

OBJEKTIF KERJAYA:

KELULUSAN AKADEMIK:

(Mengikut susunan kronologi mulai kelulusan terakhir)


 
Tahun
Nama Institusi Pendidikan
Kelulusan







PENGALAMAN KERJA:

(Mengikut susunan kronologi mulai pekerjaan terakhir)

Tahun/Tempoh Bekerja
Nama dan Alamat MajikanJawatan dan Tugas Utama







KEMAHIRAN KHUSUS:

HOBI/KEGEMARAN:

RUJUKAN (sekiranya diminta)
 

Nama
1)
 
 
Alamat
 
 


PERMOHONAN KERJA

PERMOHONAN KERJA
Permohonan kerja boleh dilakukan dengan dua cara :-

   Surat Permohonan/Borang Permohonan

Kebanyakan iklan bagi jawatan kosong berkehendakan anda memohon melalui surat sama ada secara menaip atau bertulis (handwritten). Surat permohonan merupakan satu cara untuk memperkenalkan resume anda dan memberi gambaran pertama yang baik kepada bakal majikan terhadap diri anda.
Anda perlu mengambil kesempatan ini untuk menghubungi bakal majikan sambil menyakinkannya bahawa anda adalah calon yang paling sesuai untuk pekerjaan tertentu. Anda harus menekankan kelulusan/kemahiran/kebolehan, pengalaman dan personaliti anda. Anda juga harus merakamkan minat anda terhadap pekerjaan yang dipohon dan syarikat berkenaan serta sumbangan anda kepada syarikat. Surat permohonan yang efektif akan mendorong majikan supaya bersedia untuk bertemu anda.
Surat permohonan anda hendaklah ringkas (iaitu satu muka surat) dan ditaip/ditulis dengan menggunakan kertas putih kosong saiz A4 yang berkualiti serta disemak semula supaya tidak mengandungi sebarang kesilapan ejaan/tatabahasa. Contoh surat permohonan adalah seperti dilampiran

1.   Semua permohonan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Bagi meningkatkan peluang untuk mendapat pekerjaan/tawaran kerja yang lebih baik, anda hendaklah berusaha untuk memohon seberapa banyak jawatan yang bersesuaian dengan dan kebolehan anda.



 
LAMPIRAN I


  Kandungan Surat Permohonan

Tarikh

Nama
Alamat Sendiri


Nama Jawatan
Nama Syarikat
Alamat Syarikat


Tuan/Puan _____________________________________,


  Nama Jawatan Yang Dipohon



Para 1:
Tujuan permohonan (termasok nama jawatan yang dipohon serta sumber kekosongan jawatan, iaitu nama surat khabar, majalah, rakan-rakan dan sebagainya dan tarikh pengiklanan).
Para 2:
Minat anda terhadap pekerjaan yang dipohon dan sebabnya.
Minat anda terhadap syarikat berkenaan dan sebabnya.
Para 3:
Menekankan kelulusan/kemahiran/kebolehan dan pengalaman anda (termasuk latihan ilmiah dan kerja musim cuti yang relevan).
Kenyataan-kenyataan yang mustahak dan relevan(seperti sumbangan anda kepada syarikat dan keistimewaan/personaliti anda) yang tidak dinyatakan dalam resume.
Para 4:
Resume dan dokumen-dokumen sokongan yang relevan disertakan. Memohon untuk ditemuduga dan memberi nombor telefon anda.
Beri ucapan terima kasih.


Yang Benar,


……………………………….

(NAMA PENUH)





  Borang Permohonan Kerja

Ada setengah majikan memerlukan sipemohon kerja mengisi borang yang di sediakan .Sebelum anda mula mengisi borang permohonan , bacalah arahan-arahan dengan teliti dan tentukan bahawa anda memahami semua soalan . Semasa mengisi borang , pastikan tulisan anda mudah di baca/jelas . Tentukan bahawa semua ejaan adalah betul dan jawapan yang di berikan adalah betul , ringkas dan tepat .
Mengisi borang permohonan dengan betul dan cermat adalah penting kerana ini boleh memberi gambaran yang baik kepada bakal majikan dan mungkin membantu anda mendapat pekerjaan yang di minati itu .
Setelah menjawab semua soalan , pastikan bahawa semua ruangan dalam borang telah di isi dan dokumen sokongan yang relevan di sertakan . Surat yang di sertakan bersama-sama borang hendaklah ringkas dan hantar kepada bakal majikan sebelum tarikh tutup permohonan . 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan