wajah baru gerai makcik ina karipap & kuih muih ,

(logo lama perusahaan makanan makcik ina)

waktu perniagaan daripada jam 12.30 tgh hari sehingga jam 6.45 petang.
tetapi. pada jam 4.30 petang. kebanyakkan kuih muih telah abis licin yaw!
tetapi diantara jam 12.30 tgh hari sehingga jam 3 petang , bukan semua kuih telah tersedia ,
kerana tempat memasak dan membuat kuih muih bukan lagi di tempat jualan ,
semua kuih muih sekarang dimasak dan disediakan di sebuah lokasi baru di taman nirwana,
keadaan gerai jualan juga telah di UPGRADE BARU diatas cadangan oleh beberapa pelangan tetap agar gerai   lebih bersih dan cantik berbanding sebelum sebelum nieh ,
dan harga kuih muih juga bukan seperti sebelum ini kerana faktor kenaikan harga barang² yang mendadak di pasaran semasa, 

walau bagaimana pun , karipap makcik ina atau lebih dikenali karipapbull kampung pandan merupakan karipap yang terbaik yang pernah aku rasa , intinya hanya daging dan sedikit campuran bawang ,
tidak seperti gerai kuih yang lain , namanya karipap sardin , tetapi terdapat kentang / ubi di dalamnya,
ramai kawan kawan saya yang sudah merasa kuih di gerai makcik ina , semua kawan² saya kata karipap makcik ina sedap , intinya padat , dan kulit karipapnya yang ranggup. Sekali makan pasti inginkan lagi , kata sahabat sahabat saya yang sudah merasa sendiri kuih muih di gerai makcik ina ,

lokasi cawangan jualan :

No 19, Jalan C , Kampung pandan dalam , 55100 Kuala Lumpur
(berhadapan dengan MASJID NURUL HIDAYAH dan perhentian rehat terakhir SJ Bus 32)


 Tempahan juga boleh dibuat jika berminat , tetapi anda perlu megambil tempahan anda sendiri kerana tiada perkhidmatan penghantaran disediakan , harap maklum
untuk tempahan sila hubungi :
SITI MARIAM = 019-2366156
MAKCIK INA = 012-3020584

(click untuk besarkan agar lebih jelas)


SENARAI HARGA KUIH MUIH TERKINI
(click untuk besarkan agar lebih jelas)




ss








( semestinya buatan malaysia )
                                          

Tiada ulasan:

Catat Ulasan