Nota Buat Ex
aku duduk kat bangku, kau senyum senyum pandang aku dari jauh. oh malunya aku time tu. rasa macam nak sorok je muka ni dalam laci meja. esok kau senyum lagi. aku nak senyum balik ekceli tapi aku malu. mahu tapi malu. kau kirimkan aku berhelai helai biodata kau, nama kau, kau suka kaler apa, kau suka makan apa. paling tak tahan kau letak tarikh birthday kau. aku agak kau nak hadiah kan? aku simpan biodata kau dalam buku teks matematik, moga moga mak aku tak jumpa lah.
dulu kau selalu utus surat untuk aku. aku pun rajin balas. aku takde burung hantu nak mintak dia poskan, rumah aku pun jauh dengan pejabat pos so aku just mintak kawan aku yang juga kawan kau pas kat kau. aku lupa nak letak bedak johnson baby. so bau kertas a4 je la. kita jumpa, waktu rehat kau datang jumpa aku. kau tegur aku, aku balas hi tapi still tunduk. aku malu nak pandang muka kau. sebab muka aku ada jerawat atas hidung time tu. oh itu jauh lebih malu dari berbogel dalam mall.
kau masih rajin utus surat, penuh dengan smiley yang tak sudah sudah. naik geram aku tengok. ok, aku dah dapat no phone kau. surat pun dah kemana. tiap hari aku text kau, kau rajin benar balas. sampai naik sakit tangan aku nak taip. tapi aku suka. mesti kau rindu aku kan?
kita kongsi apa yang kita suka. kita kongsi sedih tak lulus matematik. kita gelak gelak lepas cikgu marah aku sebab tak siapkan kerja sekolah. kau kasi aku tiru latihan sebab kau takut aku kena rotan. kita selalu turun pergi kantin sama sama. makan ramai ramai. jarang makan berdua sebab kawan kawan juga penting bagi kita. tapi kau asyik pandang aku. aku nak suap nasi pun kena cover ayu
Ingat lagi kau pernah cakap yang kau sayang aku ? oh aku cair bagai ice cream matkool time aku makan tengahari semalam. aku rasa aku percaya cakap kau, macam kau sorang je yang tak pernah berbohong kat dunia ni. Aku pun sayang kau, macam aku sayang duit duit aku. Nampak tak kau tu sangat penting bagi aku. Kita tak se suwit rose & jack, aku bukan eromeo dan kau bukan juliet yang cantik kononnya tu. tapi aku punya kau, itu sudah cukup untuk aku senyum sepanjang hari.
Makin hari makin sayang. sayangnya, benda yang indah selalunya tak kekal lama. aku sangka nasi tak akan basi, tapi tak sampai sepuluh jam dah bau lain. aku dapat rasa kau dah lain. atau mungkin aku yang lain. kau dah jarang ada masa untuk riplai text aku. even aku sibuk study kimia, aku tetap ada masa tanya kau buat apa makan ke tak lagi. even aku dalam jamban tengah berak aku still fikir kau. lama lama aku dapat rasa senyuman kau makin tawar macam air sirap kantin kita tu. kenapa ? kau dah ada orang lain, siapa ?
hati aku berwarna warni. salah satu sebabnya adalah kau. kau ukirkan aku pelangi untuk aku senyum macam mana bayi tu senyum. tapi sayang, pelangi tak kekal lama. hati aku kau guris dengan sikap kau yang dah tak macam dulu. ya semua orang berubah dengan bersebab. tapi aku tak nampak apa sebab kau. kau ada mulut tapi tak cakap, kau ada kredit tapi tak text. aku syak macam macam. tapi aku masih sayang kau. kita gaduh sampai keluar segala jenis binatang tapi hati aku masih dicop dengan nama kau.
puas aku cuba simpan kau dalam hati. makin aku simpan makin aku sakit. aku sayang kau tapi aku tak dapat bagi kau bahagia. mungkin bahagia kau tak ada dengan aku. berat mata memandang berat lagi aku nak buang kau jauh jauh. aku tak menangis sebab aku nak kau bahagia. bila kau bahagia, itu sudah cukup baik untuk aku terus mengukir senyum. nah, aku bebaskan kan terbang macam bapak aku selalu lepaskan burung dia dari sangkar tu.
hari hari aku nampak kau. kau pandang aku. tapi kita masih berbalas senyum, berbalas text untuk tanya pasal pelajaran. kita masih kawan yang baik. masih berkongsi itu dan ini.
kata orang, barang yang lepas jangan dikenang. Tapi kenapa dekat sekolah kita belajar sejarah ? kenapa perlu hadap apa yang dah jadi semalam, minggu lepas, bulan lepas, lapan tahun lepas?? kata orang juga, semalam adalah kenangan, pahit atau manis ia mengajar kita untuk jadi lebih baik pada hari ini, esok, minggu depan dan masa hadapan.
sayang, terimakasih untuk pelangi yang engkau lukis kan dalam hati aku. kini semua nya tinggal parut. cuba kau hiris tangan kau dengan pisau, nanti kau tahu apa itu parut. cari lah bahagia kau yang kau tak jumpa bila kau dengan aku. terimakasih sebab kau pernah jadi sebahagian dari hidup aku, sekarang kau adalah sesuatu yang aku guna untuk aku belajar hadapi masa depan aku.
ada masa, ada kredit text lah aku. itu pun kalau kau masih simpan no aku. takpe, chatting kat fb pun boleh jugak kalau kredit kau tu keringkontang. nanti dah nak kahwin jangan lupa ajak, aku nak pesan sikit dekat calon suami kau supaya jaga kau elok elok. nanti majlis kahwin kau tu aku boleh je datang, aku belikan hadiah yang pernah kau cakap dekat aku dulu.
kalau umur panjang, kita jumpa lagi. kalau aku mati dulu, bacalah yassin dan selalulah sedekah kan al-fatihah untuk aku
Langgan:
Catatan (Atom)