Merepek Meraban di facebook

SILA CLICK UNTUK ZOOM IN













Daim Juvana Kantoi dating .


Janji Syaitan dan iblis kepada kaum HAWA

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.
Bagaimana caranya?


1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
“Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang.”Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, “Hah,tak apa-apa kan?”
2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
“Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka.”
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk “V”.
3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, “Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang.”
Maka tergodalah si wanita. “Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin,” begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tapi telanjang)
4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
“Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa.”
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.
5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih “power”. Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. “Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung.”
6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi.
“Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan.”
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.
7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, “Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut”
Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.
Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, “Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini.”
“Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?” hati si wanita curiga.
“Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?” syaitan menghasut.
Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu. Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!
Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan!
Nauzubillah….. share kepada rakan anda.

asal usul angry bird

Wang Kertas Baru (RM6) pada 2012


 Wang kertas RM6 akan dilancarkan pada tahun 2012?




















p/s: wakakkakaka. jangan marah ha... :P

searching new love

mencari kekasih hati yang baru , bosan meyh single lame² . lagi² sekarang dah duk meyewa gan kawan² . kekadang jales pun ade bile tengok orang laen ade kasih sayang . mcm aku ni , jgn kate kasih sayang . family pun ntah kemana ,

lepas aku dapat tau EX aku kisya dah ade peganti diri aku , aku rasa kecewa sangat² . coz x dapat couple balik gan dye , aku masih sayang kan die lagi  , and aku harap aku dapat bersama dia semula  ,
tp tu sume hanya angan² je..

tak mungkin dia akan terima aku semula , tapi entah lah , aku ni dah la susah dapat GF , scandal tu senang lak dapat, tp GF , owh susah kut , coz aku ni bukan la seorang yang suke menjiwang , x reti aku jiwang² ni .
munkin makan masa yang agak lama untuk aku mencari peganti kisya , walaupun aku ade TTM seperti aqisz , aku lagi suka if dia jadi GF aku , ade status couple dari single , TTM ni bukan kekal pun , coz sebelum ni aq ramai gak TTM sebelum aq kenal aqisz .

aku ingat lagi semasa hidup aku mewah , sentiasa berduet  . ramai gadis yang ingin jadi pasangan aku , tp bila tiba masa aku susah , hilang kerjaya , semua nya hilang entah kemana, mata duitan kut ? tapi jangan kata gadis. kawan² yang kaki kikis pun ramai jugak , aku senang x yah panggil da mali , aku susah sume calibot hilangkan diri , ini la manusia , cakap pandai . buat tengok , nasib baik ade lagi yang bantu aku , kalau tak . mampos aq tido bawah jambatan la jawabnyer.

Cherita ni kawan dapat dari sepupu kawan kat Melaka, Kg. Gadek
kira-kira 4 minggu yang lepas … kesahihan yg tiada kepastian …..

Satu malam tu, adala sorang mamat sedang menunggu durian jatoh
disebuah pondok burok, tunggu punya tunggu maka ternampak lah dia satu
lembaga terbang lalu minum air yang terdapat dilopak berhampiran,
dibiarkan saja ia berlalu kerana dia kesaorangan .Keesokkan harinya,
diceritakanlah kepada rakan-rakannya. Kat situ ada lah pulak seorang tua
terdengar lalu berkata, “kenapa tak ambil paku dan cucukan padanya, pasti ia
akan bertukar menjadi wanita yang cantik dan kau bolehlah
mengawininya..”, sambil memberi mamat tu sebatang paku sepanjang 6 inci.
Keesokan malamnya mamat tu menunggu durian lagi, maka
terjadilah apa yang disangkanya macam malam lepas, pontianak itu pun turun
lagi untuk minum air dilopak tersebut, dengan segera pemuda tu berlari
lalu mencucokkan paku di dibelakangnya, pontianak itu terbang dengan suara
yang agak kesakitan tambah menyeramkan. Terpinga-pinga pemuda tersebut
melihatnya…..
Maka keesokan hari, dia memberitahu orang tua tu perkara berlaku, lantas
dia ditegur oleh ! orang tua tu kerana pemuda tu tersalah cucuk paku,
(yang sepatutnya di cucok ditengah ubun-ubun kepala pontianak itu. Tapi
mamat tu pergi cucuk ditengkoknya, apa lagi, meraungla dia…!)
Malam itu ditunggunyalah lagi mamat tu ditompek biaso, pondok durian,
sambil berharap malam tu akan berhasillah usahanya itu. Tapi agak sekian
lama ditunggunya (agaknya pontianak tu lambat pasal nak cabut paku
semalam tulah kot….!). Jenuh jugalah dia menunggu, maka hampir terlelaplah dia, tetiba datanglah pontianak itu, jeng..!
jeng..! jeng..!
Dengan ghairah dan berani sekali diajukanlah paku itu di
tengah-tengah
kepala pontianak t! u untuk mencucoknya. TAPI dengan tak
disangka-sangka,
pemuda tu tergaman seketika lalu lari lintang pukang……!
Kenapa pulak….??? Sipontianak pulak bila lepas minum lalu
terbang dengan senang hati sambil ketawa mengilai-ngilai .Keesokan
harinya,pemuda tu mengeloh panjang sambil mengadu didepan orang tua
tu, kerana tak dapat mencucok paku dikepala pontianak dan harapannya
untuk kawin dengan perempuan cantik musnah, hampeh dan buang karan
jer……..!!!!
“Apo sobabnyo jang…?”, orang tua itu bertanya pada pemuda tu.
“Pak cik nak tahu sobabnyo……………..! Poie tengok
dibawah sana haaa…!! Frah, den..!”
bawah lagi sikit
lagi……
lagi dan….
lagi…….
PONTIANAK TU PAKAI HELMET LAH……!!
Laaaaa………
=)) =)) =))

Ramai Perempuan kata sukar jadi perempuan ni ,

 
 
Kaum hawa selalu mengeluh dan melafazkan susahnya jadi wanita, mereka  mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah dan meletakkan kaum wanita dalam keadaan tertindas.
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.
Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..!

Perempuan :
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
- “Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”
Perempuan :
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
-“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
Perempuan :
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
- “Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
Perempuan :
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
- “Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan”
Perempuan :
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
- “Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
Perempuan :
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
- “Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!
Perempuan :
“Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
- “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?
Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.
Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan tegakkan agamamu, nescaya syurga menanti..

Cute kan Bile haiwan tido,