Aku bukan malas berkerja


aku sedang ada masaalah duit ni, harap² faham larh bukan semakin kerap TOCE/MAKI/MARAH aku sampai bagi diri aku semakin makin tertekan ,
aku ni bukan ade kelulusan atau pengalaman nak kerja tetap cuma aku focus transport untuk g kerja, kalau korang nak sangat aku ada kerja tetap , sebab aku dah serik balik kerja jalan kaki sbb kerja , terlewat sikit silap² takda transport awam , kene setiap malam ? hari² nak naik teksi midnight , baik aku kerja bagi duit gaji aku trus kt driver teksi tu ,
itu kalau terpaksa balik lewat , kalau aku nk overtime cari duit lebih? kalau aku terlewat bangun? kalau naik transport awam kene grak g kerja lebih awal , kekadang sampai lambat jugak kalau dah awal . susahh kalau tak ada KENDERAAN SENDIRI , Lesen aku memang larh tak ada sebab saman aku masa sekolah dulu masih banyak lagi belum settle, itu semua bukan aku yang nak , aku terpaksa guna moto kesana sini untuk sekolah , cari duit untuk aku . kalau orang tua aku tu jenis parents yang bertanggungjawab besarkan dan didik aku gn adik adik tak ape larh jugak , ni kami hidup sendiri untuk teruskan hidup masing² supaya kami sentiasa tersenyum dan gembira seperti orang lain yg sebaya kami , jales tauu tengok orang lain ade makbapak bagi duit makan , kekadang belanje shopping, semua didalam ditanggung perents , tp aku dah adik aku tak tauu! mak bapak aku abaikan aku ! sampai aku jadi tertekan bila sedara mara cerita keburukkan orang tua aku , aku segan , malu , sedihh . tapi ade korang fikir?
aku frust fikirkan parents aku yg hanya pentingkan diri sendiri berbanding aku dan adik beradik ,
itu pasal aku abaikan pelajaran aku kerana aku abang yg sulung, aku jaga adik adik aku agar dorang tak jadi seteruk aku , seliar aku , sejahat aku sebab terlalu bebas hidup sendiri dan berdikari .
demi adik adik aku juga aku akur dengan keputusan ayah aku supaya aku berhenti sekolah ketika awal tahun aku masuk tingkatan 5 , aku berhenti sebab ayah cakap aku menyusahkan orang tua saja dan aku ni bukan pandai , membazir jika teruskan belajar di SMT langkawi , itu pun sebab ayah sendiri hantarkan aku disana tanpa bekalan duit belanja sekolah/outing/pulang ke KL ,
aku sanggup jual barang² larangan ke dalam sekolah hanya untuk cari duit makan dan tambang untuk pulang kerumah ketika cuti ,  Hati aku kecewa tau tak , bila orang tua sendiri cakap aku tak perlu belajar .
sampai saat hari SPM tiba , aku berkerja untuk cari duit untuk aku ke SMT kuala kangsar untuk mengambil SPM kerana nama aku didaftarkan di sekolah itu, tp parents aku tak bagi sedikit pon semangat malah larang aku untuk pergi menduduki SPM , membuatkan aku menjawab peperiksaan dengan penuh rasa kecewa dan tidak berguna , satu pun tentang pelajaran aku tak dapat ingat walaupun sudah ulangkaji ,
menyebabkan aku gagal peperiksaan SPM aku , mmg aku menduduki SPM , tp sijil ayah aku dah simpan dan tidak benarkan aku miliki , menyebabkan aku susah cari kerja dan membuatkan aku tidak layak meneruskan pelajaran ke kolej² seperti kawan² aku yang lain , mereka sudah ramai berjaya kerana hidup mereka diberkati oleh ibubapa , buruk² makbapak kawan² aku yg pernah aku tengok dorang tetap terima dan jaga anak² mereka walaupon mereka selalu marah dan sakit hati dengan anak² . tp tak bagi ayah aku, semasa aku hidup merempat di jalanan ketika tamat PLKN , aku pernah ditangkap polis kerana pelbagai kesalahan , dan aku pernah direman di penjara , tp ayah aku pernah cakap pada hakim mahkamah semasa aku dibicarakan , "BIARKAN SAJA AKU DIPENJARAKAN SEUMUR HIDUP  ,  AKU CUMA PEMBAWA MALANG DIDALAM KELUARGA DAN MENYUSAHKAN KELUARGA SAJA " . kata ayah ketika saat aku didalam tahanan polis, sedihhh aku sampai hari ini aku ingat , sejak peristiwa itu. kehidupan aku berubah jadi lebih teruk , sehingga aku sendiri tidak tahan dengan semua dugaan .

aku pernah berkerja tp dibuang setelah latar belakangku disemak , aku bekas banduan .
bayangkan tanpa SPM/SIJIL , seorang bekas banduan , dan seorang yg baru mencari modal permulaan kehidupan , dan seseorang yg tiada tempat tinggal. tak ubah seperti seorang anak yatim piatu yg terbiar , tp nenek cari aku , bagi aku tinggal dengan dia coz dye taknak aku rasa susah dan merempat , nenek jaga aku lepas tu , dan pakcik yang bagi aku kepercayaan kerja seperti seperti pakcik , walaupon aku kene maki/bebel/caci , aku boleh terima kerana itu semua daripada mulut pakcikku sendiri , lelaki yg menjaga aku seperti anak sendiri dan melayan aku seperti sahabat dari kecil , semua impian pakcik untuk terus naik lebih tinggi aku teman , aku kerja dengan pakcik cari pengalaman dan ilmu , supaya pakcik boleh capai impian dia dan janji pakcik agar aku jadi lebih bagus daripada dia , tp kene banyak bersabar coz kerja tak menentu.
aku cuma harapkan kerja crew tu je sebab aku dah ada pengalaman dan tak perlu bagi SIJIL² kelayakkan , aku bukan ada pon sijil , kalau ada pon entah mama gan papa letak mana ntah time dorang nak bercerai dulu . so susah aku nak apply kerja tetap faham?
and aku rasa aku ni susah nak kekal kerja tetap jika aku berkerja didalam aircond / terkurung , coz aku tak boleh berfikir dan cepat tertekan bila aku kerja didalam aircond / terkurung . aku lebih rela kerja berat seperti CREW agar aku dapat melakukan kerja dengan ikhlas ,

dah banyak kali aku cube, tapi bukan rezeki aku .
taraf pendidikan aku dan daya pemikiran/ingatan aku bukan bagus sangat ponn .
aku kerja dan mencuba mencari pengalaman , tak perlu larh korang nak sibuk bising suruh aku CARI KERJA , aku dah ada kerja iaitu bersama pakcik menjadi krew teknikal , dan ramai yg kata aku ada potensi untuk pergi lebih jauhh , cuma projek/panggilan kerja saja aku tak dapat . bukan aku saja, ramai krew yg seperti aku , ada masa susah  dapat kerja . ada masa rezeki datang mencurah curah , aku yakin aku boleh pergi jauh . tolong jangan bagi aku TEKANAN KERANA TIADA KERJA TETAP , insyaallah lepas aku ada transport sendiri , aku akan fikirkan untuk cari kerja tetap atau teruskan jadi krew teknikal sambilan / tetap . seperti yg aku katakan pada pakcik aku yg sentiasa membantu aku untuk terus hidup . korang jangan amik tau pasal kerja aku .
aku tak kerja / tak berduit tapi aku tau cara nak teruskan hidup

harap kawan² atau saudara mara yg baca ni dpt memahami perasaan aku bila korang kata aku ini pemalas / kuat tidur / menyusahkan / selalu tiada duit , aku segan dan sedih bila korang cakap negetif tentang aku sedangkan korang tak tau perasaan aku bersabar dan menahan semua dugaan yg selalu sangat datang pada diri aku ni .

Assalamualaikum .

2 ulasan:

  1. Good malay dik. Keep it up.

    BalasPadam
  2. And pls takmo stress2 sgt. Org cakap ade hikmah disebalik ape yg berlaku. Cheer up. If i go kl, we will meet up ok.

    BalasPadam